Gabungan Mahasiswa atau nama singkatannya GMUKM kini merupakan pembangkang terhadap pihak universiti dan pentadbirannya. Manakala Aspirasi pula merupakan sebuah kelab terbesar di setiap kolej Ukm yang mendukung dan menyokong segala pentadbiran Universiti. Seperti kebiasaanya kedua-dua persatuan ini akan sentiasa bercakaran sesama sendiri apabila PRK semakin hampir ke persada. Hal ini membuktikan fitrah kepolitikan sudah tertanam subur di hati setiap pamimpin-pemimpin pelajar baik pembangkang mahupun pembela. Persoalannya? apakah menyerahkan memorandum secara liar oleh pihak pembangkang boleh diterima pakai tatkala kita sudah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi. Adakah pemimpin pembangkang sudah kebenakan idea atau tidak ada jalan yang lain untuk meluahkan rasa ketidak puashatian terhadap Universiti. Adakah mereka sengaja ingin menimbulkan huru hara dalam keadaan suasana Universiti yang aman ini. Di manakah rasionalnya tindakan mereka walaupun terdapat kebebasan undang-undang untuk melakukan hal yang sedemikian.
Merujuk kepada peristiwa yang berlaku ketika Karnival Kerjaya kebangsaan di adakan di UKM. Tidakkah mereka berfikir panjang bagaimana tanggapan masyarakat terhadap mentaliti pelajar di UKM yang terlalu taksub berdemonstrasi hingga tersiar di dada-dada akhbar tempatan. Bagaimana pula dengan tanggapan pelajar asing yang menuntut di UKM melihat anak-anak tempatan berdemonstarasi sedemikian rupa sehingga hilang adab sopan dan kesantunan yang tinggi rakyat Malaysia. Pernahkah mereka terfikir kepada pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan kerja, akan tertutup ruang buat mereka. Adalah tidak mustahil Majikan akan berfikiran negatif terhadap mahasiswa/i UKM.
Wahai pemimpin-pemimpin pelajar yang dihormati sekalian. Terdapat cara yang lebih telus selain berdemonstrasi di sana-sini. Gunalah saluran yang betul, manusia tidak lekang dek peraturan. Dalam Islam sendiri menekankan tentang peraturan dengan berpandukan Al-Quran dan hadis. janganlah sampai pemimipin-pemimpin pelajar yang berkarisma dan dihormati seperti anda semua hilang pertimbangan tanpa berfikir panjang. Tidak kira pembela mahupun pembangkang kepada Universiti kita semua adalah pelajar UKM yang perlu di jaga maruahnya sebagaimana tertubuhnya Universiti ini pada era 70-an dahulu..FIKIRKANLAH..