Wednesday, October 22, 2008

Apa yang saya fikir?


Gabungan Mahasiswa atau nama singkatannya GMUKM kini merupakan pembangkang terhadap pihak universiti dan pentadbirannya. Manakala Aspirasi pula merupakan sebuah kelab terbesar di setiap kolej Ukm yang mendukung dan menyokong segala pentadbiran Universiti. Seperti kebiasaanya kedua-dua persatuan ini akan sentiasa bercakaran sesama sendiri apabila PRK semakin hampir ke persada. Hal ini membuktikan fitrah kepolitikan sudah tertanam subur di hati setiap pamimpin-pemimpin pelajar baik pembangkang mahupun pembela. Persoalannya? apakah menyerahkan memorandum secara liar oleh pihak pembangkang boleh diterima pakai tatkala kita sudah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi. Adakah pemimpin pembangkang sudah kebenakan idea atau tidak ada jalan yang lain untuk meluahkan rasa ketidak puashatian terhadap Universiti. Adakah mereka sengaja ingin menimbulkan huru hara dalam keadaan suasana Universiti yang aman ini. Di manakah rasionalnya tindakan mereka walaupun terdapat kebebasan undang-undang untuk melakukan hal yang sedemikian.


Merujuk kepada peristiwa yang berlaku ketika Karnival Kerjaya kebangsaan di adakan di UKM. Tidakkah mereka berfikir panjang bagaimana tanggapan masyarakat terhadap mentaliti pelajar di UKM yang terlalu taksub berdemonstrasi hingga tersiar di dada-dada akhbar tempatan. Bagaimana pula dengan tanggapan pelajar asing yang menuntut di UKM melihat anak-anak tempatan berdemonstarasi sedemikian rupa sehingga hilang adab sopan dan kesantunan yang tinggi rakyat Malaysia. Pernahkah mereka terfikir kepada pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan kerja, akan tertutup ruang buat mereka. Adalah tidak mustahil Majikan akan berfikiran negatif terhadap mahasiswa/i UKM.


Wahai pemimpin-pemimpin pelajar yang dihormati sekalian. Terdapat cara yang lebih telus selain berdemonstrasi di sana-sini. Gunalah saluran yang betul, manusia tidak lekang dek peraturan. Dalam Islam sendiri menekankan tentang peraturan dengan berpandukan Al-Quran dan hadis. janganlah sampai pemimipin-pemimpin pelajar yang berkarisma dan dihormati seperti anda semua hilang pertimbangan tanpa berfikir panjang. Tidak kira pembela mahupun pembangkang kepada Universiti kita semua adalah pelajar UKM yang perlu di jaga maruahnya sebagaimana tertubuhnya Universiti ini pada era 70-an dahulu..FIKIRKANLAH..















Sunday, October 19, 2008

bangkit pelajar Melayu!

assalamualaikum..w.b.t. selaku pemilik kepada blog ini, saya terpanggil untuk menterjemahkan ataupun meluahkan perasaan yang terpendam jauh di sudut sanubari seorang pelajar yang berbangsa Melayu. What i'm thinking? atau dalam bahasa Melayunya ialah apa yang saya fikirkan? tentang bangsa Melayu yang tidak sudah-sudah bertelagah sesama sendiri baik didalam bidang politik, ekonomi, apatah lagi dalam suasana sosial.

Selaku seorang pelajar yang diberikan didikan yang sempurna oleh ibu dan ayah sehingga saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, saya juga teringin untuk melihat pelajar-pelajar Melayu yang lain, yang kini sedang menuntut di sekolah-sekolah agar mengejar cita-cita yang diimpikan ,agar mereka juga dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Kesedaran diri yang amat tinggi amatlah diharapakan kepada pelajar-pelajar Melayu yang menjadi harapan bangsa dan agama untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. hal ini amatlah penting kerana saban tahun nisbah pelajar Melayu di ipta semakin mengecil khususnya bagi pahlawan-pahlawan yang bakal menerajui kepimpinan negara iaitu kaum lelaki.


Ayuhlah pelajar Melayu, BANGKIT! buktikan kecemerlangan kita di hadapan kaum-kaum yang lain, agar kita tidak dipandang enteng oleh mereka. kuasai semula ekonomi yang kini dipegang oleh bangsa lain, kuasai semula sistem politik kita yang aman yang kini boleh diibaratkan rumah yang semakin hari menunggu masa untuk roboh dan ranap, pelihara semula hubungan sosial kita yang berlandaskan agama, bukan mengikut hawa nafsu semata. Ingatlah bahawa fatamorgana dunia hanyalah khayalan kita, tetapi di akhirat yang kekal abadi.


Wahai pelajar Melayu sekalian, kita sekarang berada di tanah air milik kita sendiri yang diwariskan oleh nenek moyang kepada kita. Kita adalah tuan di tanah ini, kita adalah penduduk yang tetap, bukan pendatang yang dibawa oleh British seperti bangsa yang lain. Kita seharusnya bersyukur bangsaku sekalian, oleh itu, janganlah kita alpa dan lalai lagi akibat dibuai oleh mimipi yang tidak pasti. Penuhilah harapan ibu dan ayah, hormatilah mereka yang merupakan tuntutan agama dan juga warisan budaya kita. Generasi kita ialah generasi yang semakin lemah akibat dihimpit dengan kelemahan pendidikan, ekonomi, dan politik. Jadi kita harus berganding bahu bersama-sama memimpin negara ini yang bakal diserahkan kepada kita pada satu masa nanti. Pimpinlah bangsa kita untuk negara yang tercinta secara langsung mahupun tidak langsung agar kita tidak diusir dan dihina oleh bangsa yang lain yang sedang menunggu masa.